1. Pengenalan Program
Program JIMBA dianjurkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. ("Penganjur") sebagai satu inisiatif promosi eksklusif bagi memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia memenangi hadiah melalui cabutan bulanan sepanjang dua belas (12) bulan pada tahun 2026.
Acara kemuncak program adalah Cabutan Bonanza di JIMBA Finale pada 31 Disember 2026, dengan hadiah utama sebuah kereta BMW X3, tertakluk sepenuhnya kepada Terma & Syarat ini.
2. Kelayakan Penyertaan
2.1 Kelayakan Umum
Program ini terbuka hanya kepada:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Berumur lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan
2.2 Pihak Tidak Layak Menyertai
Penyertaan adalah DILARANG SAMA SEKALI kepada:
- Semua kakitangan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., syarikat subsidiari, rakan niaga terdekat serta ahli keluarga terdekat
- Mana-mana individu atau organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan, penganjuran, pengurusan, atau pelaksanaan program
Sebarang pelanggaran akan mengakibatkan penyertaan terbatal secara automatik tanpa notis.
2.3 Had Kemenangan
Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Program. Sekiranya peserta memenangi lebih daripada satu hadiah, Penganjur berhak membatalkan mana-mana kemenangan tanpa pampasan.
3. Mekanisme Penyertaan
3.1 Cabutan Bonanza di JIMBA Finale 2026
Untuk layak menyertai Cabutan Finale, peserta WAJIB:
- 1Merupakan pelanggan Andalusia yang membuat pembelian minimum RM5,000 per individu sepanjang Tempoh Program
- 2Setiap RM5000 (per individu) = 1 penyertaan. Penyertaan berganda hanya dikira mengikut jumlah pembelian Pakej yang diambil oleh setiap individu
- 3Hadir secara fizikal di mana-mana cawangan Andalusia pada 31 Disember 2026 semasa cabutan sedang berlangsung (Kegagalan kehadiran akan menyebabkan hilang kelayakan)
3.2 Cabutan Bulanan JIMBA 2026
Untuk layak menyertai Cabutan Bulanan, peserta WAJIB:
- 1Membuat pembelian Set Bagasi Andalusia bernilai RM199 (harga asal rm299); atau
- 2Membuat pembelian mana-mana pakej Umrah atau Pelancongan sepanjang Tempoh Program
- 3Melengkapkan pendaftaran melalui kod QR yang disediakan atau melalui laman sesawang rasmi jimba.com.my
- 4Hadir secara fizikal di cawangan Andalusia untuk pakej Umrah (kegagalan kehadiran = hilang kelayakan)
- 5Hadir secara fizikal pada 25 April 2026 dan 31 Ogos 2026 untuk Proton X70 dan Honda CRV (kegagalan kehadiran = hilang kelayakan)
4. Tempoh Program
Program JIMBA bermula pada 1 Januari 2026 dan tamat pada 31 Disember 2026 ("Tempoh Program"). Sebarang penyertaan di luar Tempoh Program adalah tidak sah dan tidak akan dipertimbangkan.
5. Penebusan & Terma Hadiah
5.1 Pengumuman Pemenang
Pemenang akan diumumkan secara LANGSUNG (LIVE) melalui Facebook & TikTok Rasmi Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
5.2 Kegagalan Tuntutan
Sekiranya pemenang:
- • Memberi maklumat tidak tepat; ATAU
- • Gagal menuntut hadiah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
maka kemenangan akan dibatalkan tanpa notis, dan Penganjur berhak memilih pemenang lain.
5.3 Sekatan Hadiah
Semua hadiah yang dimenangi:
- TIDAK BOLEH dipindah milik, diwakilkan, dihadiahkan atau dituntut oleh pihak lain
- TIDAK BOLEH dijual, dilelong, dipasarkan atau dikomersialkan dalam apa jua bentuk
- TIDAK BOLEH ditukar kepada wang tunai, kredit atau gantian lain
- Logo/identiti Andalusia TIDAK BOLEH ditanggalkan selama 3 Tahun (2026-2028)
- Pelanggaran = penarikan balik hadiah tanpa pampasan
6. Liabiliti & Penafian
6.1 Penyertaan adalah atas risiko peserta sendiri. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kerugian, kerosakan, kemalangan atau tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada program ini atau penebusan hadiah.
6.2 Penganjur berhak menangguhkan, membatalkan, mengubah atau meminda mana-mana bahagian program atau Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
7. Perlindungan Data Peribadi
7.1 Penggunaan Data
Dengan menyertai Program JIMBA, peserta memberi persetujuan muktamad bahawa data peribadi mereka boleh digunakan untuk:
- • Pengurusan dan pelaksanaan program
- • Tujuan promosi, pemasaran dan dokumentasi Penganjur
7.2 Perlindungan Data
Semua data akan diproses dan dilindungi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Prosedur Selepas Kemenangan
📋 Panduan Lengkap Proses Penyerahan Hadiah
Pengumpulan Maklumat Pemenang
Kumpulkan maklumat lengkap pemenang (Nama, No IC, No Tel, Alamat, gambar) dan emel ke:
📧 karnivaljimba@gmail.com
📧 marketing@umrahandalusia.com
Makluman Kepada Pemenang
Pihak cawangan dan HQ memaklumkan pemenang bahawa HQ akan menghubungi mereka secara langsung untuk urusan hadiah.
Penyediaan Surat Tawaran
HQ menyediakan surat tawaran rasmi dengan pengesahan dari BOM Izzati dan kelulusan BOD Haji Ibrahim.
Penghantaran dan Pengesahan Surat
Surat tawaran dihantar melalui WhatsApp dan diikuti dengan panggilan susulan untuk pengesahan penerimaan.
Penebusan Hadiah di Cawangan
Pemenang perlu mencetak surat tawaran dan membawanya ke mana-mana cawangan JIMBA untuk menebus hadiah Pakej Umrah.